tahun 2008
tahun ni aku nak ambik SPM.ceritanya berlaku masa dah dekat2 dengan spm.orang kata, jangan kacau senior time nak spm.mereka emosi tengah tak stabil.
sekolah aku ade belikan mesin basuh untuk mengelak daripada junior2 dibuli untuk basuh baju dan spender senior.taik.zaman aku junior tak nak beli.aku dah senior baru nak beli.tapi aku sebenarnye tak kisah sangat sebab kalau tak ada mesin basuh pun. aku takkan bagi junior basuh baju aku sebab aku tau tinggi risikonye baju tu tak bersih dan tinggi juga risikonye baju tu akan direndam dalam air kencing.
berbalik pada cerita asal, pada satu hari, ramai la orang nak guna mesin basuh.weekend tak silap aku.aku pun guna la mesin tu.selang beberapa minit, aku pun saje la nak lalu kat mesin tu sebab nak tengok lagi berapa minit baju aku nak siap basuh.sepatutnye around 15-20 minutes.
TAPI!
di mesin tu tertulis baju aku lagi 3 minit nak siap dan mesin tu tengah spin baju aku..kat depan mesin tercangak satu makhluk junior,diyakini budak form 1 muka excited nak basuh baju.biasanya aku ni jenis senior yang baik hati (uhuk2) tapi disebabkan tekanan dari spm, aku pun naik angin.
pung pang pung pang gedebuk gedebak hakkkkk tuiiihhhh
(sila guna imaginasi anda)
habis keluar sume orang dari dorm tengok aku ngamuk.segan saya publisiti begitu.aku restart mesin basuh, aku tinggalkan budak tu.
tahun 2011( 28 jun)
cuti sem,.aku pun gerak la pegi jumpa member2 borak,lepak.otw nak balik, kami lalu depan sekolah.nampak budak2 tengah main kat padang.member aku yang baru balik dari korea pun ckp
"oi,jom singgah jap.aku xpenah singgah lepas ambik result spm"
maka singgahla.haram satu budak aku xkenal.semua muka baru.lepastu aku pun pegi la asrama,usha port budak2 senior main futsal.dengan harapan ada muka yang dikenali.ok,ade jumpa.budak2 kecik dulu tinggi takat dada aku.tapi sekarang aku yang takat dada diorang.muka semua kenal.tapi nama satu haram aku tak ingat.tiba-tiba ade sorang mamat, diyakini senior,bapak la tinggi dtg sengih2 salam aku.
budak tinggi - "ko kenal aku tak?"
aku - "muka aku kenal la.nama aku tak ingat"
budak tinggi - "ko ingat tak mesin basuh?"sambil tangan tunjuk mesin basuh
terburai gelak aku kat situ jugak.bapak tinggi budak ni.dulu kecik gila.dia dah form 4 rupenye.
p/s : aku rindu zaman sekolah :')