PESANAN PENAJA

sebelum baca jgn lupa klik2 pada kotak derma kat belah kanan tu.sambil membaca sambil menderma.korang jugak dapat pahala.

Rabu, 1 Disember 2010

Cakap Lebat Apa Guna Bro?

Kat dalam dunia ni ada macam-macam perangai manusia yang aku jumpa. Jarang dapat jumpa orang yang mempunyai perangai yang sama. Hari ini aku ingin bercerita mengenai salah satu perangai yang member-member aku ada iaitu cakap tak serupa bikin. Aku bukanlah ingin mengutuk, mengata, mencaci dan menghina. Aku Cuma nak ambil iktibar daripada perangai2 mereka ini dan harap kamu semua juga mengambil iktibar ye.. OJ

Aku ini open juga orangnya. Kalau ada yang nak meluahkan perasaan ke apa ke, aku selaku rakan mithali akan menadah telinga..hehehhe..walaupun kadang-kadang menyampah juga tapi aku tetap cakap

"I can feel u bro"

So, dalam kisah ni, aku nak bagi 2 ceritalah sebagai contoh.

Cerita pertama.

Adalah seorang rakan yang baru putus cinta.habis kat semua orang dia bagitau dia putus cinta. Adalah kesian sikit sebab katanya dia putus cinta sebab ada orang sailang awek dia. Err.. sailing tu maksudnya ada orang rampas awek dia. Ok fine. Sebenarnya aku takdela berapa suka kalau orang bercakap pasal cinta dengan aku sebab aku geli2. Haha. Maybe sebab aku pon tak pernah bercinta. So, taknak cakap banyak.

Yang menjadi masalahnya ataupun yang meng annoy kan diriku, member itu sekarang tengah buat benda yang sama kat orang lain. Tak faham? Maksud aku, member yang dulu cerita macam-macam, kutuk gila babi bila dia punya awek kena rampas, cakap benci la tak suka la fuck la lelaki yang rampas awek orang, tapi sekarang dia yang buat benda yang sama..dia pulak yang pegi rampas awek orang... yang paling tak tahan..

Dia bangga..


Cerita kedua

Adalah seorang lagi rakan. Semenjak masuk duit elaun ni dia pun sukalah membeli.beli ipod touch lah, apelah. Then, ada la kawan baik dia ni lagi gilababi. Beli ipod touch la, jandphone baru la, and latest ni walaupun baru beli handphone baru dengar khabarnye nak beli iphone 4 pulak. Yang kawan aku ni pon bising2 la kutuk itu dan ini sebab dia rasa kawan baik dia ni mangkuk dan suka membazir. But the fact is, in the same time dia pulak nak beli laptop la, desktop la, kasut mahal la. Ok.memang dua dua nix de kaitan dengan aku. Duit orang peduli apa kan.bukan bagi kesan kat aku pon. Tapi yang annoyingnya, dia kutuk2 kawan dia boros tapi dalam masa yang sama dia tak sedar dia pun boros juga. Sekali dua dengar boleh tahan lagi. Bila hari2 dengar dia kutuk kawan dia sambil2 dia buat benda sama, mulala mendidih telinga. Aku pun secara sarkastik ckp la

"eleh, ko kutuk2 orang ko tak sedar ke ko buat benda sama?"

Kadang2 susah juga kalau jadi good listener ni.jadi kejam lagi best.hmm

Kesimpulannya, dua dua cerita kat atas ni takde kaitan dengan aku pon. Tapi yang membuatkan aku sakit hati bila dulu mereka cakap macam2 dan aku dengan baiknya support dengan cakap

"I can feel u bro"

Tapi, langsinya bila sekarang mereka buat benda yang sama.

Tak sedar ke?



Ok. Sekarang masa untuk ambil iktibar daripada kisah2 ni. Janganla cakap lebat dan jagalah percakapan anda. Orang lain akan ingat apa yang anda cakap dan akan kutuk anda balik kalau anda cakap tak serupa bikin. Jadi, marilah kita ingat balik. Ada tak kita buat benda yang sama? Kalau ada, silalah berubah dan betulkan keadaan. Kerana ianya sangat annoying bagi orang sekeliling.

Kalau nak bagi contoh secara islamik, aku tak ingat apa ayat yang propernya.tapi maksudnya lebih kurang macam ni.

Kita tak akan berjaya untuk suruh orang meninggalkan sesuatu maksiat dan membuat kebaikan kalau kita sendiri buat maksiat itu dan tak membuat kebaikan tu. Sebagai contoh, kita suruh orang pergi masjid tapi kita sendiri tak pergi masjid. So, macam mana orang tu nak ikut nasihat kita? Sebab dia sendiri pon nampak kita tak pergi masjid.

Jadi, renung2 lah. Berubahlah. Buang yang keruh ambil yang jernih. Peringatan untuk semua dan juga untuk aku..

Semoga kita jadi orang yang disenangi..oyeah!

0 komen je?!!cis!!: